Jemaah Tidak Ditinggalkan Ketika Menuntut Ilmu
KAHERAH, 18 September – Tazkirah Jemputanbersama tetamu Malaysia telah berlangsung selepas Solat Maghrib tadi.
Al-Fadhil Ustaz Nordin bin Jaafar yang kebetulan datang keMesir bersama rombongan mahasiswa/wi baru Terengganu telah dijemput untukmemberikan sedikit suntikan semangat kepada mahasiswa/wi Perak.
Majlis yang berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi itumendapat sambutan hangat dari ahli KPIPM.
Beliau juga telah menyentuh beberapa aspek penting sebagaimahasiswa yang menuntut ilmu.
“Keberadaan kita di bumi Mesir ini pastinya akan berhadapandengan ujian. Ini adalah perkara wajib dilalui oleh penuntut ilmu Allah S.W.T”.beliau mengingatkan kepada seluruh hadirin.
“Hidup dalam menuntut ilmu tidak dapat tidak memerlukankepada jemaah (KPIPM). Kerana di dalam jemaah mengajar kita soft skill di dalamberdakwah”. Kongsi pengalaman beliau bersama hadirin.
KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada al-Fadhil UstazNordin bin Jaafar di atas kesudian untuk bersama-sama dengan anak Perak di bumiMesir ini. Semoga segala peringatan yang telah disampaikan akan kami manfaatkansebaik-baiknya.










